Tarbiah Buat Kamu

Riadah

 
Gunung  Kinabalu merupakan salah satu gunung yang terdapat di Malaysia. Gunung yang terdapat di negeri Sabah ini merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia. Dengan ketinggian setinggi 4,095 m menjanjikan pengalaman jika berpeluang untuk mendakinya. Dengan pemandangan yang indahpasti menjanjikan satu kepuasan bagi para pencinta alam. 

Namun begitu bagi yang belum pernah mendaki gunung kinabalu, di sini saya akan kongsikan berapa tips untuk anda berdasarkan pengalaman saya ketika mendaki gunung kinabalu.

1. Jangan bawa terlalu banyak barang seperti pakaian dan sebagainya. Ketika saya pertama kali mendaki gunung kinabalu. Beg saya penuh dengan macam2 barang. Saya siap bawa jeket sampai 2 pasang, selimut serta beras dan juga dapur mudah alih saya. Akhirnya semua barang-barang ni terpaksa saya bawa hingga ke Laban rata denagn susah payah. Sepajang pendakian dari base camp hingga ke Laban rata saya hanya mengenakan seluar track dan t shirt sahaja. Memadailah membawa satu atau 2 pasang sahaja t shirt atau dry fit, satu jaket satu seluar track, Sepasang sarung tangan dan juga stokin tebal dan yang paling penting bawa lampu suluh. Sebaik-baiknya lampu suluh jenis headlight untuk memudahkan anda mendaki. Barang-barang ini akan anda perlukan ketika mendaki dari laban rata kepuncakgunung. Tidak perlulah bawa segala selimut bagai semuanya tu ada di sediakan di laban rata.

2. Makanan digalakan bawa yang ringan-ringan sahaja tetapi yang manis seperti chocolate dan pisang. kerana makanan ini dapat membekalkan tenaga segera ketika dalam pendakian. Bekalan air pun tidak perlu bawa banyak memadai 1 atau 2 botol sahaja sebab air ni boleh refill ketika di asrama di laban rata. Air bergas di nasihatkan jangan bawa kerana minum air bergas boleh mengakibatkan bloating stomach kalau minum ketika mendaki. Beras atau megi jangan bawalah buat berat beg saja semua tu.

3. Bekalan ubat-ubatan jangan lupa bawa bagi yang ada masalah kesihatan. Paling penting bawa stemetil bagi mengurangkan rasa loya disebabkan altitude sicness. Ubat-ubat lain seperti paracetamol juga penting untuk dibawa bagi melegakan sakit otot. bagi mengembalikan elektrolit badan sediakan juga bancuhan ORS. Tetapi paling penting pastikan badan betul-betul dalam keadaan sihat dan fit sebelum mendaki.

4. Setelah selesai semua peralatan maklumkan kepada semua hendaklah berkumpul lebih awal di Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran dan taklimat. Mulakan pendakian seawal mungkin kerana perjalan dari kaunter kinabalu Park ke Timpohon memakan masa kira-kira 30 minit dengan menggunakan van yang telah pun d sediakan. Jika terlambat untuk memulakan pendakian dikuatiri akan lewat sampai di Laban Rata.

5. Semasa mula mendaki dari Timpohon sebaik-baiknya pakai pakaian yang selesa. Memadai dengan memakai seluar track dan tshir kerana suhu tidak terlalu sejukketika mula mendaki. gunalah kasut yang sesuai mengikut keselesaan dan mempunyai daya cengkaman yang kuat atau lebih senang kasut yang tapaknya tidak licin. Untuk kemudahan sebaik-baiknya sewalah tongkat sebagai alat bantu mendaki. Tapi kalau dah ada tongkat sendiri tak perlulah sewa. yang palin penting selalu dengar arahan dari guide demi keselamatan.

 

6. Semasa mendaki setabilkan langkah sebaik-baiknya kecilkan langkah dan berhati-hati ketika naik tangga. Beri laluan kepada malim gunung untuk bergerak. Jangan gopoh ketika mendaki kerana kita bukan dalam situasi berlumba untuk sampai puncak. Santai sahaja dalam pendakian sebab itulah penting memulakan pendakian seawal mungkin. Setiap 1km terdapat perhentian masa nilah kalau nak berehat untuk minum dan makan bekalan . Jangan minum terlalu banyak air. Bagi yang merokok tu kalau boleh tahan-tahanlah takan lah setiapperhentian kamu hisap rokok 2  3 batang. Bgi ruang juga sama oksigen d paru-paru tu. Yang paling penting jaga mulut san kelakuan sepanjang pendakian. Jangan celupar sebab kalau tidaksilap ada satu perhentian yang agak keras tidak ingat sudah di kilometer berapa kalau tak silap di paka shelter. Nanti guide akan bagu tahu juga tu

7. Apabila sampai di Layang-layang hut iklim sudah mula berubah. Mungkin akan ada yang mula rasa pening dan loya akibat altitud sickness. Jangan risau cuba bernafas pelan-pelan. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Masa ni cabaran sudah mula di rasakan. Laluan pendakian pun semakin mencabar di mana laluan semakin curan dan licin perlu lebih berhati-hati lebih-lebih lagi bila hari hujan. Bibir dan hujung jari mula membiru kerana kesejukan.

8.    Sampai sahaja di Laban Rata terus lapor diri di kaunter yang di sediakan. Anda akan dtempatkan bersama ahli kumpulan mengikut warna tag anda. Perjalan dari Timpohon ke Laban RAtaa mengambil masa sekitar 4 hingga 8 jam. Bagi yang bisa mendaki dan mempunyai staminaboleh lah sampai dalam 4 jam. Tapi yang belum biasa mendaki mungkin boleh sampai dalam 8 jam. jadi kita akan sampai di Laban rata sekita jam 4 atau 5 petang.


9. Bila sudah dapat bilik segeralah kemas tempat tidur masing-masing. Pastikan barang-barng berharga di simpan dengan selamat. Masa ni kamu jangan fikirmau mandilah sebab airnya sejuk macam air ais. Disinilah macam-macam peristiwa yang akan jadi kenangan sepanjang hayat terutama bila sakit perut mau buang air besar. Nanti anda akan rasa sendiri la.

10. Makan malam akan bermula awal iaitu dari jam 6 petang hingga jam 8 malam. Jangan ketinggalan menikmati pemandangan yang indah dari restoran. Ketika makan janan lah gelojoh sangat sampai semu mau dimakan tahulah bayar pekej mahal. Tapi kena ingat perjalan masih jauh lagi masih di Laban Rata.

11. Selepas makan dan menikmati pemandangan rehat awal lah. Tapi memang susah nak tidur di sebabkan kesejukan dan kepenatan. Yang penting rehat kena cukup sebab pendakian ke puncak akan bermula sekiatar jam 2 pagi. Sebelum mendaki ada  satu kalilagi makan sekitar jam 12 atau 1 pagi. sebabtu di galakkan untuk tidur awal agar tidak terlepas kerana kita perlu makan agar bertenaga ketika mendaki. Pastikan peralatan mendaki telah di sediakan awal. Selesai makan mana urusan ayng belum selesaikan baik selesaikanlah dulu. Yang nak ketandas cepat-cepatlah ke tandas.

12. tepat jam 2 pagi pintu akan di buka pendakian pun bermula. Keadaan masih gelap sebabtu lampu suluh amat diperlukan. Kali ini laluan amat sukar kerana suhu yang amat sejuk dan laluan pun curam dan licin. Di laluan yang bertali pastikan pegang kuat pada tali. Walaupun tangan dan kaki mula kebas jangan sesekali lepaskan pegangan pada tali. Ketika inilah keazaman dn semangat betul-betul di uji. Guide akan bagi tahu " teruskan tidak jauh lagi, tak sampai satu jam lagi" jangan percaya semuat tipu untuk pastian anda terus bersemangat.

13. Pada ketika ini jangan terlalu kerap berhenti bangi mengelakkan anda tertinggal jauh dari kumpulan kerana anda wajib melapor diri di Sayat-Sayat hut sebelum jam 5 pagi. Jika terlewat anda tidk akan di benarkan masuk kerana anda telah tertinggal jauh.. jadi pastikan sebelum jam 5 pagi sudah sampai di Sayat-Sayat Hut. Jika anda tidak dibenarkan masuk ke Saya-sayat hut sijil anda hanya berwarna hitam putih sahaja (tidak cantik) tapi yang berjaya ke puncak sijilnya akan berwarna

14. Matahari akan terbit sekita jam 6 pagi. jadi cepat-cepatlah mendaki bagi menikamati pemandangan yang menabjubkan itu. Lebih awal sampai d puncak makan akan lebih banyak masa untuk berada di puncak. Setiap pendaki akan di beri masa sekitar 1 atau 2 jam untuk bergambar di pucak atau menikmati pemandangan. Semua akan d arahkan turun pada jam 7 atau 8 pagi bergantung pada cuaca. Jika cuaca d jangka berkabus maka waktu dipuncak juga akan sekejap sahaja ini kerana cuaca  pucak sering berubah-ubah. Semasa di puncak jaga kelakuan jangan buat benda-benda pelik atau mengambil apa-apa dari puncak walau hanya seketul batu.

15. Jika anda rasa mendaki begitu mencabat sebenarnya perjalan turun itu jauh lebih mencabar. Andakan menyaksikan gaung yang dalam sepanjang laluan bertali. Bagi yang ada masalah gayat boleh begegar kepala lutut di buatnya. Jangan lupa bergambar di south peak atau juga d kenali puncak duit seringgit. Tapi jangan ambil duit yang ada di sana ya.

16. Bila sampai di Laban Rata kemaskan semua barang-barang anda. Ada satu sajian terakhir d laban rata ketika ini. Masa ni anda boleh lah bersarapan pagi sepuasnya. Selepas sarapan andakan memulakan perjalanan untuk turun ke Timpohon.

Begitulah serba sedikit tips dan pengalaman saya ketikamendaki Gunung Kinabalu gunung kebanggan Rakyat Sabah macam saya. Semoga selesai sahaja Covid 19 ni kita akan berjumpa d puncak Gunung kinabalu nanti...

No comments:

Post a Comment

| Designed by Colorlib